Monday, May 4, 2009

~Buat muslimah~

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

Saturday, April 11, 2009

~Biarkan aku tersenyum~

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

**Sumber :http://blog.mixterr.com/koleksi-mutiara-kata/

Sunday, March 22, 2009

Kebahagiaan~


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Thursday, March 12, 2009

~Bila kita mahu berteman~


Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna….-

Thursday, February 26, 2009

SAHABAT


Ku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring dgnku & menjaga nama baikku ketika aku hidup @ selepas aku mati. hulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan krn aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka & duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.....-

Monday, February 16, 2009

Teman~

Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna…

Sunday, February 15, 2009

Hati

Hati yang bersih ibarat nur yang memancar dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, malaikat di kiri dan kanan serta matlamat Islam disekelilingnya...Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalam beragama- SAIDINA ALI

Friday, February 13, 2009

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sunday, February 8, 2009


Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.



Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.


Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin..



Wednesday, February 4, 2009

Sujud Terakhir


Dalam sujud terakhirku Ya Allah...

kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya

agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...

ku menangis sejadi-jadinya

biar kering air mata ini

namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku Ya Rahman...

kulihat semua dosa yang membayangiku

kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku Ya Rahim...

biarkan aku patah dalam cahayaMu

biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku

agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku

biarkan aku hirup nafasku sekali lagi

hanya untuk menyebut namaMu dankekasihMu tercinta..



**Hamba yang naif**

Tuesday, February 3, 2009

Menyelami erti cinta

Filed under: Uncategorized, KOSMO! Online

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa kasih sayang sesama insan.
CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia. Perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, cinta sahabat handai dan cinta harta.
Sebenarnya, cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda dengan bermaksud: "Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka" - Mutafakun alaih.
Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.
Cinta diri bermakna mengambil berat terhadap keperluan untuk memajukan diri, menyedari terhadap potensi diri yang dimiliki, sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kejayaan dan kecemerlangan diri. Orang cinta diri sentiasa berusaha untuk meneroka dan mencari kebaikan untuk diri, mencari perkara yang berfaedah yang boleh mendatangkan manfaat masa depan. Sentiasa mengambil berat dan benci terhadap apa jua perkara yang boleh menghalang diri untuk berjaya.

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa hidup harmoni dan kasih sayang sesama insan.
Hidup bekerjasama dan tolong menolong merupakan cara terbaik untuk kita membuktikan cinta sesama insan. Firman Allah: "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui" - surah al-Imran :92.

Dalam satu hadis Rasulullah menegaskan: "Apabila seseorang muslim berjumpa sesama muslim dalam kesusahan lalu menolongnya dengan sempurna, maka seluruh dosa mereka gugur seperti daun-daun berguguran daripada pohon yang ditiup angin. Maknanya seluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan" - hadis riwayat al-Tabrani.
Kerana itu, kita ditegah daripada bersifat sombong. Rasulullah mengingatkan bahawa: "Di hari akhirat kelak, nilai orang yang menyombong diri di sisi Allah tidak sampai nilainya seperti kepak seekor nyamuk" - Hadis riwayat Bukhari.
Nilai cinta yang paling tinggi adalah kecintaan kepada Allah dan Rasul. Untuk mencapai ke puncak cinta berkenaan tidak ada cara lain melain dengan cara meningkatkan ibadah kita seperti sembahyang, puasa, berzakat dan zikir serta berdoa. Firman Allah: "Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah amat pengampun, lagi maha Mengasihani" - surah al-Imran :31

(Artikel ini diperolehi daripad Kosmo! Online, kolum Famili - bertarikh 15 Februari 2008)

Kaca atau Permata

ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa: 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khad ija h. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya